Makanan Pedas Mampu Panjangkan Umur?
SATU kajian yang diterbitkan dalam Jurnal Perubatan British memberitahu bahawa, memakan makanan pedas dengan lebih kerap dalam diet harian boleh membantu seseorang untuk hidup lebih lama.
Kajian yang dijalankan oleh sekumpulan pakar terhadap 500,000 orang mendapati, responden yang menikmati hidangan pedas sekali atau dua kali seminggu akan hidup lebih lama berbanding mereka yang langsung tidak memakan makanan pedas.
Hidangan pedas yang dimaskudkan adalah seperti cili segar, cili kering, cili sos dan minyak cili yang dimasukkan ke dalam hidangan.
Kajian sama turut dijalankan oleh Akademi Sains Perubatan China mendapati, makanan pedas bagus untuk pesakit yang menghidap kencing manis, kanser, jantung dan masalah pernafasan.
Bahan bioaktif dalam rempah seperti capsaicin yang merupakan kandungan utama dalam rempah mengandungi antiobesiti, antioksidan, antiradang dan antikanser yang bagus untuk tubuh badan.
Eqy : Ape pendapat anda? Adakah anda setuju dengan artikel ini?
Monday, 24 August 2015
Makanan Pedas Mampu Panjangkan Umur?
Related Posts
Teh Tarik Bahaya Untuk Kesihatan?
22/08/2015 - 0 Comments
Restoran Di Jepun Hidang Kari Perisa Najis
21/08/2015 - 0 Comments
Jenis-jenis Klimaks Wanita
20/08/2015 - 1 Comments
Khasiat Rahsia Peria Dalam Kesihatan
19/08/2015 - 0 Comments
6 Khasiat Rahsia Air Cucian Beras
19/08/2015 - 0 Comments
8 Penyakit Kronik Yang Boleh Sembuh Dengan Berjalan Kaki
18/08/2015 - 0 Comments
0 comments