Pernahkah anda melihat sendiri pohon yang dikenali sebagai Buqa’awiyya? Pohon ini dikatakan terletak di negara Jordan. Apa yang istimewa pohon ini sehingga ia diperkatakan di pelusuk dunia? Melayukini.net difahamkan, pohon ini sudah beribu-ribu tahun hidup sejak dari zaman Rasulullah SAW lagi. Oleh kerana itulah, ianya digelar “the only living sahabi” atau “sahabat Nabi yang masih hidup”. Anda boleh menonton video di bawah ini.
Ketika Rasulullah keluar ke Syam bersama Maisarah -pekerja Sayyidatuna Khadijah ra- untuk berniaga, Baginda pernah berteduh di bawah pohon ini sebelum sampai ke sana.
Semasa Baginda berteduh di bawahnya, dahan dan ranting² pohon ini bergerak menaungi Baginda daripada cahaya matahari.
Seorang paderi yang melihat kejadian ini datang bertemu Maisarah & menunjukkan kepadanya pohon tempat teduhan Rasulullah itu dengan berkata: “Hanya seorang Nabi sahaja yang berteduh di bawah pohon ini.”
Pohon ini terletak di tengah padang pasir bernama Buqa’awiyya di negara Jordan. Dari segi geografi, ia berdekatan dengan kota Bosra di Syria. Sebagaimana kita tahu, Rasulullah S.A.W 2 kali tiba di Bosra
- Ketika bersama bapa saudaranya Abi Talib sewaktu berumur 12 tahun & bertemu dengan Rahib Buhaira dan terserlah tanda kerasulan baginda di belakang bahu sepertimana tercatat dalam kitab injil tentang tanda kerasulan nabi akhir zaman.
- kali kedua rasulullah ke bosra membawa barang dagangan saidatina khadijah. apa yg menarik..selepas dari tanah Tabuk hingga ke Bosra sejauh lebih 500km..kita tidak akan berjumpa dengan pokok seumpama di atas.
Lihatlah sampai hari ini ia tetap subur walaupun berada di tengah-tengah padang pasir yang kering kontang. Tiada tumbuhan hidup sepertinya. ALLAH menghidupkannya dengan kehendak-NYA jua, ALLAHU ALLAH.
Dan di dalam foto ini juga, Habib Umar Benhafidz seorang daripada keturunan Rasulullah SAW menziarahi pohon di mana Rasulullah SAW pernah berada di situ.
0 comments