Semalam kita dikejutkan dengan satu berita tragedi kebakaran yang dianggap antara terbesar dalam sejarah. Kebakaran ini berlaku di Sibu Sarawak dan menyebabkan puluhan rumah hangus terbakar. Melayukini.net difahamkan, hampir 600 orang penduduk hanya tinggal sehelai sepinggang. Tiada apa yang mampu mereka selamatkan kerana kepantasan api menyambar rumah di kawasan tersebut. Menurut sumber di tempat kejadian, setakat ni, tiada laporan kecederaan atau kehilangan nyawa yang di laporkan. Punca kebakaran masih belum diketahui. Semoga mangsa sabar dengan ujian ini. Boleh lihat gambar di bawah ini.
Tragedi Kebakaran Di Kampung Dato Sibu Sarawak
SIBU – Lebih 600 orang tinggal sehelai sepinggang apabila lebih 100 buah rumah di Kampung Datuk, antara perkampungan Melayu tertua di Sarawak, di sini musnah dalam kebakaran besar hari ini.
Ketua Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Sibu, Mutalib Jaafar berkata kebakaran itu berlaku pada kira-kira pukul 4 petang dan 47 anggota dari dua balai di sini dan Kanowit berjaya mengawal kebakaran lima jam kemudian.
“Sehingga kini kita belum menerima sebarang laporan kemalangan jiwa dan kita akan meneruskan siasatan berkenaan punca kebakaran ini,” katanya semasa dihubungi Bernama.
Sementara itu Penghulu Kampung Datuk, Hussain Abdul Rasit berkata kira-kira 600 orang mangsa telah didaftarkan dan ditempatkan sementara di dewan Sekolah Kebangsaan Abang Ali berdekatan kampung itu.
Ade sape2 yang tinggal berdekatan sini tak? Boleh ceritakan pengalaman anda?
0 comments