Wednesday, 19 August 2015

6 Khasiat Rahsia Air Cucian Beras

6 Khasiat Rahsia Air Cucian Beras


Jangan dibuang air cucian tersebut, kerana ternyata air tersebut mengandungi khasiat menakjubkan untuk kita.

1.Toner kulit

Rendam kapas dalam air cucian beras dan lapkan kulit anda. Ia dapat menghilangkan setiap kotoran dan sebum berlebihan yang ada di kulit anda. Jika anda lakukan dengan rutin, kulit wajah anda akan menjadi lembut dan segar.


2. Masker wajah


Air cucian beras ini juga boleh dijadikan sebagai masker wajah. Ambil topeng muka dan rendamkan di dalam air cucian beras selama 10 minit. Kemudian letakkan pada wajah dan biarkan selama 15 minit. Rasakan kesegaran wajah anda selepas memakainya.


3. Cuci muka

Anda boleh menyimpan air cucian beras dalam botol dan menggunakannya setiap kali anda mencuci muka. Khasiatnya adalah baik untuk mencerahkan kulit. Anda tidak lagi perlu bergantung pada produk kosmetik yang mahal.


4. Mengecilkan liang pori


Rendamkan kapas ke dalam air cucian beras dan lapkan pada wajah. Usap serta urut secara perlahan pada bahagian yang diinginkan. Ia mampu mengetatkan liang pori dan membuatnya kelihatan lebih kecil.


5. Penyembuh jerawat


Jangan terkejut jika air cucian beras juga boleh digunakan untuk mengatasi masalah jerawat anda. Air ini akan dapat menyembuhkan secara semula jadi dan lebih cepat. Cuba la jika tidak percaya!


6. Masker rambut


Tuangkan air beras pada kulit kepala dan biarkan selama 20 minit. Kemudian bilas dengan menggunakan syampu. Anda akan mempunyai rambut indah berkilau tanpa perlukan rawatan yang mahal.


Eqy : So lepas ni bolehlah kita start simpan air cucian beras tu ye... Hehe
Share this post
  • Share to Facebook
  • Share to Twitter
  • Share to Google+
  • Share to Stumble Upon
  • Share to Evernote
  • Share to Blogger
  • Share to Email
  • Share to Yahoo Messenger
  • More...

0 comments

:) :-) :)) =)) :( :-( :(( :d :-d @-) :p :o :>) (o) [-( :-? (p) :-s (m) 8-) :-t :-b b-( :-# =p~ :-$ (b) (f) x-) (k) (h) (c) cheer

 
Posts RSSComments RSSBack to top
© 2015 Iqbal Hafiz : Dunia Seorang Remaja ∙ Designed by BlogThietKe
Released under Creative Commons 3.0 CC BY-NC 3.0