Kanak-kanak 2 Tahun Maut Dilenyek SUV
Gara-gara kecuaian seorang ibu yang leka bermain telefon, seorang kanak-kanak lelaki dua tahun maut dilanggar kereta di sebuah pusat membeli belah di Zhengzhou – China, semalam.
Memetik laporan Tencent News, kanak-kanak tersebut maut dilanggar oleh sebuah kereta jenis SUV di tempat letak kereta pasaraya tersebut. Menurut seorang saksi, kanak-kanak tersebut bermain di tepi jalan seorang diri sementera ibunya pula dilihat leka bermain telefon bimbit tanpa mempedulikan anaknya itu.
Pemandu dilaporkan tidak sempat untuk mengelak kanak-kanak malang itu yang secara tiba-tiba berlari ke arah kereta tersebut. Kanak-kanak tersebut disahkan meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke hospital. Sementara itu, pemandu kereta tersebut kini ditahan untuk soal siasat.
Eqy : Utamakan anak anda..Telefon bila2 masa anda boleh check..Tapi jangan menyesal jika nyawa anda menjadi taruhan di atas kecuaian anda.
0 comments