![]() |
Gambar Hiasan |
Hashim agak hairan kerana anaknya mempunyai rupa yang berbeza, serta bentuk tubuh yang kurus serta berkulit agak gelap sedangkan dirinya bukanlah tinggi sama juga dengan isterinya, dan yang lebih menghairan kan Hashim hidung anak nya mancung. Kerana mempunyai iman dan pegangan agama yang kuat,Hashim menganggap itu satu anugerah untuk keluarga nya.
Hashim akan berada di rumah ketika malam sahaja, kecuali Jumaat baru lah beliau tidak mengajar, maka tinggal lah isteri nya bersama anak kecil di rumah, sehingga lah pada satu hari ketika balik dari pondok Hashim mendapat kemalangan sehingga tidak sedarkan diri dan terlantar di hospital selama empat bulan barulah Hashim sedarkan diri.
Di rumahnya, Hashim berehat dan gembira dapat bertemu anak isteri nya setelah empat bulan tidak bersua. Seminggu selepas itu Hashim memulakan tugasnya iaitu mengajar di pondok seperti biasa sehingga ke malam baru lah Hashim balik kerumah.
Malam itulah Hashim bermimpi melihat isterinya memelihara seekor ular sawa yang mempunyai kulit yang amat menarik sehingga Hashim terjaga dari mimpi dalam keadaan berpeluh dan melihat isterinya tiada di sebelah. Hashim bangun dan mencari isteri nya dan ternyata isterinya muntah dan memberitahu Hashim kepalanya sakit.
Keesokannya, Hashim mengambil cuti dan membawa isteri nya ke klinik berhampiran kampung mereka. Setelah di periksa, doktor mengucapkan tahniah kepada Hashim kerana isteri nya telah mengandung empat bulan.
Hashim menjadi bingung kerana dia baru balik dari hospital dan berada bersama keluarga mereka belum sebulan. Ketika tiba di rumah Hashim bertanya kepada isterinya namun isteri Hashim berkeras menafikan dan memberitahu itu adalah benih Hashim, sehingga si isteri Hashim sanggup bersumpah mengatakan itu ialah anak mereka.
Perwatakan baik dan sopan santun yang selama ini di percayai dan di bangga kan oleh Hashim hilang sekelip mata kerana Hashim mula mencurigai isterinya sehingga lah Hashim berdoa dan memohon petunjuk jika itu memang anak Hashim.
Keesokan harinya, waktu itu hujan turun dengan renyai-renyai,namun Hashim gagahkan langkah menuju ke pondok menggunakan baju kalis hujan. Walaupun guruh berdentum di langit, Hashim tetap ke pondok untuk mengajar kerana kewajiban.
Ketika mengajar sekitar pukul dua petang, Hashim telah di kejutkan dengan satu panggilann dari ayahnya. Hashim diminta untuk balik secepat mungkin kerana sesuatu yang kurang baik telah berlaku.
Hashim meletakkan telefon dan terus bergegas untuk balik meredah hujan. Ketika tiba di rumah dalam keadaan basah kuyup, Hashim melihat ibu bapa dan keluarga mertuanya turut ada di rumah. Selepas memberi salam, Hashim mendukung anak perempuannya dan bertanya apa yang berlaku kepada ayahnya.
Namun ayahnya cuma membisu dan meminta Hashim melihat sendiri. Ketika melangkah kedalam bilik tidur mereka, Hashim terperanjat melihat dua tubuh yang melekat dalam keadaan rentung.
Dalam masa yang sama, mengeluarkan kan bau yang amat meloyakan. Hashim hampir rebah bila melihat jasad isteri nya yang rentung bersama seorang lelaki asing berkulit gelap tidak bernyawa.
Ibu mertua Hashim meraung menangis meratapi anak perempuannya yang mati dalam keadaan mengaibkan. Ketika itu lah ayah Hashim memberitahu yang mereka kebetulan datang untuk menziarah sambil berhajat untuk melihat menantunya yang hamil, namun lain pula yang mereka temui. Hashim bertawakal dan menganggap itu satu ujian besar dalam hidupnya.
Hashim tetap menjaga anak perempuan mereka walaupun mula sedar bahawa itu hasil kecurangan isterinya,Hashim tidak menyangka isteri nya yang baik sanggup menikam diri nya dari belakang.
Eqy : Jadikan kisah ini sebagai pengajaran buat kita bersama dari negara jiran ini.
0 comments