Thursday, 20 August 2015

Abang Penggal Kepala Adik Perempuan Sendiri

Abang Penggal Kepala Adik Perempuan Sendiri


Dua beradik di utara India memenggal kepala adik perempuan mereka dan kemudian mengarak kepala gadis malang itu sekeliling kampung kerana adik mereka menjalin hubungan dengan sepupu.

Menurut polis hari ini, puluhan penduduk melihat Phool Jehan, 17, diseret keluar dari rumah dan dibelasah dua abangnya sebelum mereka memenggal kepalanya Isnin lalu.

Penduduk kampung itu hanya melihat dan tidak melaporkan kejadian kepada polis sebaliknya seorang pengawal keselamatan memberitahu polis.

Pegawai polis tempatan, Rajesh Singh, berkata pihaknya gagal mengesan dua beradik itu, Nanhe dan Gul Hasan, yang umur mereka tidak diketahui.

Menurut Rajesh, selepas memenggal kepala Phool, Nanhe dan Gul Hasan meninggalkan mayat adik mereka itu di jalanan dan mengarak kepala mangsa sekeliling kampung sambil melaungkan bantahan hubungan gadis itu.

Menurut polis, pihaknya sedang memburu dua beradik itu yang melarikan diri dari kampung dan sudah menahan sepupu mereka untuk soal siasat. – AP


Eqy : Hurm.. Tak tahu nak cakap ape..Mungkin adat diorang kot....
Share this post
  • Share to Facebook
  • Share to Twitter
  • Share to Google+
  • Share to Stumble Upon
  • Share to Evernote
  • Share to Blogger
  • Share to Email
  • Share to Yahoo Messenger
  • More...

0 comments

:) :-) :)) =)) :( :-( :(( :d :-d @-) :p :o :>) (o) [-( :-? (p) :-s (m) 8-) :-t :-b b-( :-# =p~ :-$ (b) (f) x-) (k) (h) (c) cheer

 
Posts RSSComments RSSBack to top
© 2015 Iqbal Hafiz : Dunia Seorang Remaja ∙ Designed by BlogThietKe
Released under Creative Commons 3.0 CC BY-NC 3.0