Friday, 31 May 2013

Dibaham Singa Ketika Sedang Berzina

Dibaham Singa Ketika Sedang Berzina


Harare: Seorang wanita maut dibaham singa ketika dia asyik mengadakan hubungan seks dengan teman lelakinya, lapor media semalam.

Laman sesawang My Zimbabwe melaporkan, mangsa dikenali sebagai Sharai Mawera.

Mangsa dilaporkan berasmara dengan pasangannya dalam kawasan belukar apabila seekor singa menerkam mereka di bandar Kariba.

Sumber berkata, teman lelaki Sharai dipercayai sempat melarikan diri dalam keadaan bogel ketika haiwan liar berkenaan membaham wanita terbabit. “Sharai mati di tempat kejadian,” katanya.

Sementara itu, rakan pasangan terbabit berkata, Sharai bekerja di sebuah pasar tempatan manakala teman lelakinya seorang nelayan. “Singa itu menerkam dari belakang ketika pasangan itu sedang leka berasmara,” katanya.

Menurut lelaki itu, pasangan Sharai hanya mampu melihat dari jauh bagaimana teman wanitanya dibaham singa berkenaan kerana terlampau terkejut dan ketakutan.
Share this post
  • Share to Facebook
  • Share to Twitter
  • Share to Google+
  • Share to Stumble Upon
  • Share to Evernote
  • Share to Blogger
  • Share to Email
  • Share to Yahoo Messenger
  • More...

1 comments

:) :-) :)) =)) :( :-( :(( :d :-d @-) :p :o :>) (o) [-( :-? (p) :-s (m) 8-) :-t :-b b-( :-# =p~ :-$ (b) (f) x-) (k) (h) (c) cheer

 
Posts RSSComments RSSBack to top
© 2015 Iqbal Hafiz : Dunia Seorang Remaja ∙ Designed by BlogThietKe
Released under Creative Commons 3.0 CC BY-NC 3.0