Peluru Dikeluarkan Dari Kepala Bayi
Makassar: Pakar bedah bandar raya ini berjaya mengeluarkan sebutir peluru dari tengkorak kepala bayi berusia setahun dalam pembedahan yang mengambil masa sejam.
Bayi terbabit, Fatir Muhammad cedera di kepala selepas terkena tembakan peluru sesat pada 1 Februari lalu.
Fatir dilaporkan dalam keadaan baik selepas pembedahan itu. Dia masih dirawat di unit rawatan rapi dan dibantu alat pernafasan.
Peluru yang dikeluarkan dari kepala Fatir dikategorikan sebagai peluru berbahaya. Hingga kini identiti penembak masih belum diketahui.
Pengarah hospital Dr Abdul Kadir berkata, pembedahan berjalan lancar dan selesai lebih cepat daripada jangkaan.
Prosedur berkenaan dilakukan sepasukan lapan doktor menggunakan peralatan canggih
Eqy - Bayi ini sungguh bernasib baik.. Ia masih mampu hidup walaupun peluru menembusi tengkorak kepalanya. Inilah peluang keduanya untuk hidup di dunia nyata. Semoga dia mengharga peluang ini sebaiknya.
0 comments