Rahsia Batu Nisan Bulat Untuk Lelaki Tetapi Leper Untuk Wanita
Batu nisan adalah penanda kubur yang biasanya dibuat daripada batu.
Biasanya, batu tersebut ditulis dengan nama orang yang dikebumikan,
tarikh lahir dan tarikh kematian.
Batu nisan mempunyai pelbagai
bentuk dan rupa bergantuk kepada kebudayaan dan kefahaman. Tidak semua
perkuburan diletakkan batu penanda kerana ketika dahulu, sesetengah
masyarakat meletakkan rumah, bangunan, kayu penanda ataupun pokok.
Perletakan batu penanda juga mengikut kemewahan atau status seseorang.
Catatan pada batu nisan berguna bagi ahli sejarah dan ahli salasilah.
Kini, terdapat batu nisan yang memaparkan berbagai gaya dan rupa.
Di
perkuburan Islam, bentuk batu nisan kadang-kala menggambarkan sama ada
arwah (si mati) dahulunya merupakan lelaki atau perempuan. Secara
tradisi kaum Melayu, untuk orang lelaki, batu nisannya berbentuk bulat,
manakala bagi wanita, batu nisannya berbentuk bersegi-segi atau leper.
Walau
bagaimanapun, tidak semua batu nisan mengikut aturan ini. Namun perkara
ini amat penting untuk kita dijadikan pengetahuan bersama. Antara lain
memudahkan kita untuk mengenali pemilik kubur tersebut. Milik seorang
lelaki atau perempuan. Jangan sampai kita tidak mengetahui tradisi ini.
0 comments