Friday, 31 May 2013

Kambing Berharga RM640 Ribu

Kambing Berharga RM640 Ribu


Alhamdulillah, syukur kita kepada Allah SWT kerana baru sahaja menunaikan ibadah korban sejak Jumaat yang lalu. Di Malaysia ibadah korban lebih sinonim kepada haiwan seperti lembu, dan kambing. Namun pada kali ini kita akan bercerita tentang seekor kambing yang mempunyai nilai mencecah RM640 ribu. Tetapi mengapa ia terlalu mahal. Apa yang isttimewanya kambing ini?

Slam Bhati, 37, dari Rajasthan berusaha menjual kambing ajaib dengan harga itu kepada keluarga Islam yang menyambut Aidiladha. Haiwan berusia dua tahun itu mempunyai perkataan ‘Allah’ tertera pada sebelah badannya. Kambing Ini Berharga RM640 Ribu

Pada sebelah lagi, terpampang pula imej bulan sabit dan bintang.

“Ia haiwan ajaib dan saya beruntung memilikinya. Kami menjaga kambing ini seperti anak kami dan ia yang terbaik di kawasan ini. Kambing Ini Berharga RM640 Ribu

“Kami dengan senang boleh menjual haiwan ‘suci’ ini dengan 11 juta rupi (RM640,000). Harga itu agak berpatutan,” kata Islam. Kambing Ini Berharga RM640 Ribu

Dia yang menguruskan perdagangan batu marmar milik keluarganya membeli kambing itu di kawasan ternakan berdekatan. Kambing Ini Berharga RM640 Ribu

“Saya menyedari mengenai perkataan Allah dan imej bintang dan bulan itu sebaik membelinya. “Sejak membawanya pulang ke rumah, kami menjaganya dan memberinya makan kekacang, daun pokok segar dan buah-buahan kering. “Dagingnya sudah pasti enak,” kata lelaki itu.

Islam ditawarkan dengan harga yang tinggi untuk kambing berkenaan sejak mengiklankannya di Internet minggu lalu. Kambing Ini Berharga RM640 Ribu

Bagaimanapun, belum ada sesiapa mahu membelinya.

Menurutnya: “Tawaran paling tinggi yang saya terima ialah 2.5 juta rupi (RM150,000) tetapi saya menolak.

“Kambing ini tidak ternilai. Saya hanya ingin menjualnya dengan harga yang saya tawarkan. Dan jika berjaya menjualnya, saya akan mendermakan 50 peratus wang berkenaan kepada sebuah rumah anak yatim tempatan.” kata Islam.


Eqy - Subhanallah! Betapa hebatnya kuasa Allah. Kalimah Allah jelas tertera di bahagian badan kambing tersebut. Namun janganlah kita terlalu taksub seolah-olah ia seekor kambing yang ajaib. Itu adalah tanda kekuasaan Allah. Semoga dengan peristiwa ini mampu memberikan kita gambaran tentang tanda-tanda kebesaran Allah. Ingat, jika ada tanda kalimah ataupun tidak, ia tetap ciptaan Allah SWT.
Share this post
  • Share to Facebook
  • Share to Twitter
  • Share to Google+
  • Share to Stumble Upon
  • Share to Evernote
  • Share to Blogger
  • Share to Email
  • Share to Yahoo Messenger
  • More...

0 comments

:) :-) :)) =)) :( :-( :(( :d :-d @-) :p :o :>) (o) [-( :-? (p) :-s (m) 8-) :-t :-b b-( :-# =p~ :-$ (b) (f) x-) (k) (h) (c) cheer

 
Posts RSSComments RSSBack to top
© 2015 Iqbal Hafiz : Dunia Seorang Remaja ∙ Designed by BlogThietKe
Released under Creative Commons 3.0 CC BY-NC 3.0