Friday, 31 May 2013

Misteri Bungkusan Kain Berdarah Dalam Semak

Misteri Bungkusan Kain Berdarah Dalam Semak


Siapa yang tidak terkejut apabila menemui satu bungkusan kain berdarah di kawasan semak. Penemuan ini ditemui oleh orang awam yang melalui di kawasan tersebut. Sejurus selepas itu, mereka telah menghubungi pihak berkuasa untuk tindakan lanjut. Bagaimanapun misteri kain berdarah itu terjawab apabila ia dibuka. Persoalannya, apakah dalam bungkusan tersebut?

MARANG – Orang ramai yang menggunakan laluan di bahagian belakang bangunan sebuah gelanggang futsal dekat sebuah kedai jahit di Pekan Bukit Payung di sini, terkejut apabila menemui bungkusan kain di kawasan semak, yang disangka janin bayi, kelmarin.Dalam kejadian jam 11.30 pagi itu, salah seorang daripada mereka yang enggan namanya dikenali berkata, mereka merasa curiga selepas melihat bungkusan kain berlumuran darah dan dihurung lalat, dibuang di kawasan semak di situ.

“Kami tidak memeriksa bungkusan berkenaan, sebaliknya ada individu di sini menghubungi rakan mereka yang menjalankan tugas rondaan bersama pihak polis bagi membuat pemeriksaan isi kandungan sebenar terdapat dalam bungkusan kain itu,” katanya kepada Sinar Harian.

Setelah membuat panggilan, dua anggota polis dari Balai Polis Bukit Payung di sini bersama beberapa anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) daerah dan Rela daerah tiba di lokasi kejadian.

Bagaimanapun sangkaan mereka meleset apabila pasukan rondaan yang tiba di lokasi kejadian membuat pemeriksaan kemudiannya mengesahkan isi kandungan dalam bungkusan kain adalah bangkai kucing dan bukannya janin bayi seperti disangka.
Share this post
  • Share to Facebook
  • Share to Twitter
  • Share to Google+
  • Share to Stumble Upon
  • Share to Evernote
  • Share to Blogger
  • Share to Email
  • Share to Yahoo Messenger
  • More...

0 comments

:) :-) :)) =)) :( :-( :(( :d :-d @-) :p :o :>) (o) [-( :-? (p) :-s (m) 8-) :-t :-b b-( :-# =p~ :-$ (b) (f) x-) (k) (h) (c) cheer

 
Posts RSSComments RSSBack to top
© 2015 Iqbal Hafiz : Dunia Seorang Remaja ∙ Designed by BlogThietKe
Released under Creative Commons 3.0 CC BY-NC 3.0