Friday, 31 May 2013

Isteri Curah Air Panas Pada Kemaluan Suami

Isteri Curah Air Panas Pada Kemaluan Suami

Bogota: Seorang isteri di Colombia dituduh mencurah air mendidih pada alat sulit suaminya ketika mangsa tidur selepas mendapat tahu lelaki itu curang.

Yolivel Lopez dikatakan mencurah air panas pada kemaluan Nefer Netan selepas menerima panggilan daripada perempuan simpanan mangsa mengatakan mereka baru saja melakukan seks.

Akhbar El Meridiano melaporkan Netan tiba di kediamannya pada awal pagi semalam selepas memberitahu Yolivel dia keluar minum bersama rakannya.

Yolivel membiarkan Netan tidur sebelum pergi ke dapur untuk memasak air panas.

Apabila air itu mendidih, dia membawa cerek ke dalam bilik tidur dan mencurahkan air berkenaan pada kemaluan suaminya.

Jiran mereka di bandar Martinez dekat Cereta di timur laut Colombia berkata, Netan menjerit kesakitan sebelum dibawa ke hospital untuk dirawat.

Akhbar itu melaporkan doktor berkata, kemaluannya ‘rosak teruk’ akibat insiden itu.

Penduduk tempatan memberitahu, sejak insiden serangan itu Yolivel tidak lagi kelihatan.

Ini bukan kali pertama insiden wanita membalas dendam terhadap suami yang curang.

Tahun lalu, seorang wanita yang cemburu mencincang kemaluan pasangannya sebelum mengepamnya ke dalam lubang tandas apabila mendapat tahu lelaki terbabit bermain kayu tiga.

Huaman Julia Muñoz, 41, dikatakan memutuskan membalas dendam terhadap pasangannya, Ramon Arias Apayco, 46, ketika mangsa tidur.

Huaman mengerat kemaluan Apayco dengan pisau di sebuah hostel di Brena, Peru lapor laman web New Age.

Wanita itu cuba melarikan diri, tetapi ditangkap kakakitangan hostel.

Apabila polis menyoalnya mengenai serangan itu, dia mengakui melakukan perbuatan terbabit kerana berang mendapat tahu pasangannya curang.


Eqy - Aku tak tahu nak cakap kesian atau padan muka kepada suaminya yang curang tu.. Ape pendapat anda semua ?
Share this post
  • Share to Facebook
  • Share to Twitter
  • Share to Google+
  • Share to Stumble Upon
  • Share to Evernote
  • Share to Blogger
  • Share to Email
  • Share to Yahoo Messenger
  • More...

0 comments

:) :-) :)) =)) :( :-( :(( :d :-d @-) :p :o :>) (o) [-( :-? (p) :-s (m) 8-) :-t :-b b-( :-# =p~ :-$ (b) (f) x-) (k) (h) (c) cheer

 
Posts RSSComments RSSBack to top
© 2015 Iqbal Hafiz : Dunia Seorang Remaja ∙ Designed by BlogThietKe
Released under Creative Commons 3.0 CC BY-NC 3.0